“Arghh,aku binggung” hati Farzana menjerit..”Yang mana harus aku dahulu kan??kenapa ada dua orang dalam hati ini..pening nya..yang mana harus aku pilih..perlu jaga hati sendirikah? atau perlu fikir perasaan orang lain..?aku perlu bersifat ego ke atau piker tentang perasaan org lain ? yang mana perlu aku ikut?”..Farzana berkata-kata..namun masih tiada jalan penyelesaian. Masalah yang dihadapinya begitu sukar sekali untuk diselesaikan..Dia masih di dilema untuk memilih antara Afif Haiqal ke atau Aiman Firdaus sebagai teman sehidup semati..mamanya sekarang sedang memaksanya supaya berpasangan dalam 2 tahun lagi,kalau tidak jumpa juga mamanya sendiri akan mencari..
Namun sekarang dia masih keliru untuk pilih yang mana satu..Aiman Firdaus banyak berbudi kepadanya,tapi Afif Haiqal tetap dihati walaupun Afif Haiqal merupakan seorang yang mengongkong. Hatinya buta kerana Afif Haiqal orang pertama yang dia cintai. Dia masih ingat suatu hari dulu ketika dia ingin keluar untuk membeli barang keperluan yang perlu dibawa ke kursus tapi dihalang oleh Afif Haiqal kerana tidak membenarkan dia keluar seorang diri dengan alasan bahaya akan keselamatan diri..”bahaya la awak keluar seoang diri,lelaki zaman sekarang bukannya boleh percaya,lagipun awak tu suka sangat ikut cakap orang hatta ornag yang tak kenal pun..saya takut awak akan tertipu,bukannya saya tak benarkan awak keluar tapi saya sayangkan awak.saya takut awak diculik..” itulah antara bebalan Afif Haiqal ketika dia beritahu ingin keluar ke Jusco namun di halang begitu sahaja.. Betapa kecewa hati kecilnya,walaupun dikongkong dia tetap sayang Afif Haiqal.
Aiman Firdaus pula orang yang memberi budi kepadanya,tanpa diminta budi itu terhulur kepadanya..Ya,Farzana sering terima bantuan orang lain hinggakan dia tidak sedar dia sudah terhutang budi..Namun untuk membalas itu amat sukar sekali kerana Aiman Firdaus hanya terima budi balasnya kalau Farzana sudi menjadi teman hidup Aiman Firdaus..”macam mana aku nak terima Aiman Firdaus sedangkan hati ini sudah berpunya dan hanya kepunyaan Afif Haiqal sahaja tidak mungkin hatiku yang suci ini akan terima orang lain”..kata hati kecilnya..pening dibuatnya. Untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada Aiman Firdaus dia tidak sanggup kerana telah banyak bantuan yang dihulurkan oleh lelaki itu. Dia juga pernah terhutang nyawa dengan lelaki itu ketika mereka mendaki gunung bersama-sama. Dia hampir terjatuh kebawah namun sempat diselamatkan oleh Aiman Firdaus. Aiman Firdaus juga pernah membantu Farzana membawa mama ke hospital,kalau lah tiada jejaka tampan pada hari itu,tidak tahu lah apa yang akan terjadi. Mungkin...”argh,tidak..mama masih ok,jangan pikir lain la Farzana” hatinya berbisik. Mama pula tidak habis-habis suruh aku terima Aiman Firdaus,mentang-mentanglah lelaki itu yang bersamanya ketika mama berperang maut. Ya, Aiman Firdaus memang seorang lelaki yang bertanggungjawab,namun dia tetap tidak boleh terima.
Mama memarahinya “mama suruh kamu terima Aiman Firdaus kamu tak nak,hati tak boleh terima la, Ana tak cintakan dia la..macam-macam yang kamu kata..kamu nak mama tutup mata dulu ke Ana?” Tetapi cepat saja dijawab oleh Farzana “mama hati anak mu ini sudah berpunya,tapi Afif Haiqal perlukan masa untuk mengumpul wang,dia bukannya seorang yang kaya seperti AIman Firdaus, Afif Haiqal hanya sebatang kara di dunia ini,dia anak yatim ma.. Ana yakin Afif akan kahwin dengan Ana bila duit simpanannya cukup,lagipun sekarang ini dia sedang berusaha membangunkan perniagaannya. Percayalah ma.. ” Farzana menjawab bila mamanya mula menyebutkan tentang kahwin. Tetapi mama nampaknya masih tidak berpuas hati. Sungguh sukar untuk dia menyakinkan mama yang hatinya sangat sayangkan Afif Haiqal. Mama kembali bersuara “ sebab mama tahu yang Afif Haiqal tak sesuai dengan kamu lah mama suruh kamu terima Aiman Firdaus tu,lagipun budak Aiman tu mama tengok baik aje dengan kamu,bersopan,imannya penuh didada..susah kamu nak cari lelaki seperti Aiman tu Ana”. Ya,dia sendiri mengakui kata-kata mama,namun dia tetap berkeras dengan pilihan hatinya,bukan dia nak jadi anak derhaka tapi,entahlah. “Ye,ma..Ana akui itu,tapi ma..urm,berikan Ana masa untu berfikir ma..please ma..jangan paksa Ana lagi,ini hidup Ana ma..Apa akan terjadi kalau Aiman firdaus tidak jaga Ana suatu hari nanti,mana Ana nak pergi ma??”jawab Farzana. Dia tetap ingin pertahankan cintanya.”argh,CINTA kamu membuat aku buta” hati kecilnya menjerit. Perbualan Ana dan mamanya terhenti apabila terdengar bunyi salam dari luar. Cepat-cepat dia bangun lalu memanjatkan syukur kerana selamat dari soalan mama. Ana membuka pintu,lalu terkejut dengan jejaka tampan yang tak dialu-alukan itu hadir pada saat itu. Dia masih tidak bersedia untuk berhadapan dengan Aiman Firdaus selepas perbualannya dengan mama yang membicarakan tentang lelaki itu. ‘kenapa dia hadir pada saat dan waktu ini?’ hati kecilnya berkata. “Ana,sape yang datang tu?kenapa tak jemput masuk” tiba-tiba dia tersedar dari lamunan bila suara mama kedengaran. “Aiman ma..jemput masuk,mama ada kat dalam tu,tengah rehat..ada ape ni?”Farzana mempersila sambil mengkhabarkan kepada Aiman Firdaus..”tak ade ape,saje singgah..kebetulan lalu depan rumah Ana..Abg masuk ye,nak jumpa mama..lame Abg tak jumpa mama,rindu lak tapi Abg rindu Ana lagi.hehe”..Aiman melangkah masuk kedalam untuk bertemu dengan mama.
Farzana menarik nafas,pening dengan soalan-soalan yang diutarakan oleh mama..pening dengan kehadiran jejaka didalam itu..Dia senang hati dengan kedatangan itu,tapi tidak tahu kenapa dengan hatinya,mungkin soalan dan permintaan mama menyebabkan dia jadi segan dengan Aiman. Farzana masuk ke dalam bila memanggil namanya. Mama mempelawa Aiman Firdaus untuk makan malam,selepas makan Aiman memohon untuk pulang tapi dihalang oleh mama. Memandangkan hari sudah malam dan Aiman kelihatan sangat penat jadi mama meminta agar Aiman tidur di rumah. Farzana terkejut dengan permintaan mama itu,namun dapat dikawal. ‘ish,mama ni kenapa suh lelaki ini tidur kat sini,aduii..aku ni kenapa? cam la x biase’ hati kecilnya berbisik halus. Farzana hanya mengangguk dan tersenyum tanda setuju walaupun hakikatnya tidak setuju. Aiman setuju selepas melihat anggukan Farzana.
Farzana mengemas bilik untuk Aiman. Lama dia termenung sehinggalah terdengar suara Aiman. ‘Ya ALLAh,nasib tak de sakit jantung’hu3..”Ish,abg ni..terkejut Ana” Farzana berkata dengan nada yang pura-pura marah. “Dah abg bagi salam Ana tak dengar,tengok ape ntah,da penat abg berdiri kat sini..Ana pikirkan ape?de problem ke?share dengan abg..dari tadi lagi abg tengok Ana cam de problem je..”tak de r abg,Ana boring kot kt umah ni..nak kerja tapi bila piker tak pula..ntah la,mama pun sibuk je dengan persatuan dia tu,kesian Ana ditinggalkan tau,abg bukannya dating sini”tiba-tiba tersedar,’alamak,cmne aku leh ckp gitu lak,adoii..betul2 cari masalah’hu3..Aiman tersenyum,”Ana kerja dengan abg nak?” Aiman menawarkan kerja kepada Farzana.”tak nak la,Ana nak duk umah je..terima kasih ye abg”..malam berlalu dengan begitu sahaja..
Pada keesokkan Aiman mengajak Ana jogging sebelum dia balik,tapi tiba-tiba Farzana dapat mesej dari Afif Haiqal yang ingin berjumpa dengannya.Farzana terpaksa batalkan niatnya untuk temankan Aiman jogging pada pagi itu.Aiman pula mengambil keputusan untuk terus pulang bila Farzana mengatakan dia ada hal dengan tiba-tiba. Sampai di time square,Farzana mencari kelibat lelaki yang mencuri hatinya tidak sampai 3 saat dia terpandang jejaka pujaannya yang sedang tersenyum kepadanya. Farzana pulang dengan kecewa ‘pertemuannya dengan Afif Haiqal tidak seperti yang diharapkan..terimbas kembali saat dia berjumpa dengan Afif Haiqal pada pagi tadi “ Ana,Afif terpaksa pergi ke London untuk mencari pak saudara Afif, nanti bila Afif jumpa Pak Ngah, Afif pulang dan kita terus kahwin ye” pujuk Afif.. Dia tahu kekasih hatinya sedang sedih tapi dia terpaksa. Farzana hanya mampu tersenyum untuk memujuk hatinya.’camne nak bagitahu mama ni?mseti mama akan paksa aku terima Aiman’.sedih hatinya..
Selepas 2 tahun kemudian....
“Bila Afif nak masuk pinang kamu Ana?mama nak dia datang jumpa mama dalam masa yang terdekat ni..”kata mama.’cmne ni,Afif bukannye de kat cni’ kata hati kecilnya..”ma,sebenarnya Afif sekarang ada kat London..die sedang mencari family nye ma,tapi Ana tak tahu bila dia akan kembali ke Malaysia ma” dalam keadaan sebak Farzana berkata. “kenapa Ana tak bagitahu mama nak?bile dia pergi ke sana?””dah 2 tahun”jawab Farzana. Mama membuat andaian sendiri,mama mengatakan yang Afif ke sana kerana ingin meninggalkannya. Mama bagi tempoh 1 bulan,kalau Afif Haiqal tak pulang Farzana terpaksa terima Aiman Firdaus”. Sebulan dah berlalu Ana, mama harap Ana jadi anak yang taat dan hormati keputusan mama..mama tahu keputusan mama akan jadi keputusan yang terbaik bagi Ana. Percayalah cakap mama Ana” kata mama. Farzana mengangguk,setuju dengan cadangan mamanya.
3 hari selepas itu, Aiman Firdaus datang ke rumahnya untuk mengajaknya pergi membeli cincin perkahwinan mereka. Farzana menerima Aiman Firdaus sebagai tunang dan bakal suaminya dengan hati yang terbuka kerana dia yakin yang Afif Haiqal telah melupakan dia. Buktinya Afif Haiqal tidak menghantar khaba berita kepadanya selama 2 tahun ini, Aiman Firdaus seorang lelaki yang penyayang,setia disampingnya. Perkahwinan mereka masih tinggal 3 minggu sahaja lagi. Kalau ikutkan kata hati,ingin sahaja dia menarik balik dari terima lelaki itu. Namun, terlajak kata tidak boleh berundur. Dia belajar menerima lelaki yang banyak berbudi dalam hidup. Persoalannya, ‘mampukah aku jadi isteri yang sejati, yang tidak curang pada suami? mampukah?’ hati nya bertanya. Mulai hari ini,Farzana tekad untuk melupakan kekasih pujaannya yang selama ini dan terpaksa juga menerima pilihan mama iaitu orang yang dia terhutang budi. ‘Aiman Firdaus bin Hassan’ nama itu diseru dalam diam. ‘moga Abg bimbing Ana ke jalan yang benar,penuh ruang kosong hati Ana yang ditinggalkan oleh kekasih hati sendiri,tolong jadi suami yang dapat bimbing Ana,bang..jangan tinggalkan Ana seperti Afif Haiqal tinggalkan Ana..kejamnya lelaki itu..’hati Farzana menangis..
Sehari sebelum perkahwinan Ana, dia mendapat mesej daripada Afif Haiqal..menggigil tangan Ana selepas membaca mesej itu.. Tiba-tiba air mata Farzana menitis hiba. “mama,Afif da balik ma..Afif Haiqal da balik..Ana tak nak kahwin,.”sambil menangis dia memberitahu mama..Farzana tidak perasan yang Aiman Firdaus disamping mama.. Tiba-tiba matanya melilau dan terkejut apabila menyedari kehadiran Aiman Firdaus disisi mama.. Terus terdiam tanpa berkata-kata.
“apa ni Ana?” marah mama..”kamu jangan malukan mama Ana,kamu jangan buat kerja gila..jangan kerana lelaki yang tak bertanggungjawab itu kamu nak conteng arang di muka mama,esok kamu tetap akan kahwin dengan Aiman walau apapun terjadi.”mama tetap dengan keputusannya,Farzana dilema. Pada malam itu, Farzana keluar jumpa dengan Afif Haiqal dan disana Afif Haiqal telah menyatakan bahawa dia di London dia telah berkahwin dengan sepupunya atas pilihan Pak ngahnya. Farzana menangis,dia tidak dapat memandu untuk pulang. Pada masa yang sama, Aiman Firdaus menghubunginya dan menyuakan yang dia berada dalam keadaan tidak stabil emosinya. Malam itu, dia dia menangis di bahu yang akan menjadi suaminya. Aiman firdaus menenangkan hatinya.
“aku terima nikahnya Farzana Aliesya binti Salleh dengan mas kahwinnya.....”lafaz itu jelas kedengaran di telinganya,air mata menitis dan dia memanjatkan syukur kerana majlis akad nikahnya berjalan dengan sempurna sesempurnanya.”maafkan Ana bang,kalau Ana banyak menyakiti hati abg.. bombinglah Ana,berikan cinta abg hanya untuk Ana,Ana akan belajar mencintai abg setulus dan seikhlas hati ini”..
No comments:
Post a Comment