Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahgaian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan ia terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkannya didalamnya. Yang demikian tak kudapati selain amal yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri..

-imam ghazali-

Thursday, December 29, 2011

C!nta
Cinta membuat kita rasa bahagia kn..
Ya ALLAH, aku jatuh cinta kepadanya...
Temukan jodohku dengan nya..
Jadikanlah aku tulang rusuk kirinya..
Jadikanlah dia imam dalam solatku..
Ya ALLAH..                   
Dia sangat baik..
Bersahabat dengan surau..
Alangkah indahnya jika aku miliknya..
Temui aku dengannya..
CINTA..
Seringkali membuat aku rasa diawan-awan..
Berada di pelangi indah..
Bahagia bila aku dapat menatap wajahnyanya biarpun dikejauhan..
Walaupun dia bukan dari cos bahasa arab / pendidikan islam,namun dia tetap jua menjadi teman surau..
Alangkah beruntungnya sesiapa memiliki dia..
Izinkan aku mencintainya dari jauh Ya ALLAH..
Agar satu hari nanti dia jua akan mencintai aku setiap saat..
Dan agar dia dapat menjaga aku,solat aku, peribadi aku..hanya dia yang akan menjaga..
Aku berdoa agar jodoh aku dengan dia Ya ALLAH..
Aku memohon kepadaMu,halalkan perhubungan kami..
Izinkan dia menjadi imamku,suamiku,ayah kepada bakal pewaris Nabi Muhammad s.a.w untuk meneruskan perjuanganMU dan agamaMU agama ISLAM

No comments:

Post a Comment