Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahgaian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan ia terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkannya didalamnya. Yang demikian tak kudapati selain amal yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri..

-imam ghazali-

Tuesday, April 26, 2011

KAD KUNING..i hate it!!!!!!
    
 
Ntah mana silap ku..pelik dengan pe yang berlaku pada diri ini pada hari..hari ini, paper ke 3 aku untuk final..namun,aku pelik..dah la datang lewat ke dewan..(nak jadi bangau jap) semuanye gara-gara bus x de hari ni..
Arghh,tension kerna terpaksa berebut untuk naik bus..walaupun,aku bakal di gelar guru ‘MORAL’,namun hari ini aku n kawan-kawan terpaksa abaikan title tu untuk naik..kami terpaksa bertolak..huhu..pengalaman best untuk final kali ni.. kadang-kadang tu,ilmu yang aku belajar memang kena praktik..dalam situasi tadi aku dan kawan-kawan mengamalkan teori egoisme..maklum lah,kami kan bakal guru-guru moral jadi tau r cket sebanyak ilmu-ilmu tu semua.
10 minit lagi nak pukul 2.30..dengan cepat nya kami berjalan,dan melangkah masuk dengan lafaz bismillah dan kaki kanan..sampai je terus cari la tempat duduk..cari punye cari rupa nya tempat aku ade orang duduk,makin x menentu jadi idup aku..haru biru kot..ingatkan aku yang tersalah tapi Alhamdulillah memang tempat tu kepunyaan aku..hehe..debar kurang cket..tapi....
        Nak jadi kan cite,time tulis angka giliran,no.pendaftaran,no.i/c n segala bagai..terketar-ketar kot tangan aku..lepas je baca doa,terus buka soalan..almaklum la masa itu emas (ye ke?)..huhu
Dengan tenang dan yakin aku jawab la soalan-soalan yang ditanya tu,syukur lah majority dapat jawab..hehe..bangga jap..opss,tak baik..(^^’)
        Tapi jam menunjukkan pukul 3.06 minit,akhirnya aku berjaya selesai menjawab semua 40 soalan dengan tenang dan yakin walaupun ade gak keraguan namun di abaikan sahaja..hehe..siap je,aku tengok balik kot2 de yang tersalah ke ape ke kan,namun Alhamdulillah semua masih boleh diperbaiki.. jam detik dan melangkah demi selangkah, jarum berhenti pada 3.20 minit..dengan penuh terkejut,aku dapat kad kuning..mula-mula aku fikir,aku ni main boal sepak ke?or jawab exam dalam dewan??tiba2 je dapat kad kuning..bila ku tengok n perhati tulisan-tulisan yang de pada kad kuning itu,terkejut beruk kot..ade ke patut,pada kad itu die tulis “AMARAN PERTAMA!! ANDA TELAH DIPERHATI DAN TELAH MENDAPATI ANDA TELAH BERLAKU KECURANGAN DALAM DEWAN” bukan main lagi terkejut,tiba2 je tuduh aku berlaku curang..aku mana ade pakwe dalam dewan tu..waaaa, time tu aku memang nak nangis kot..
        Pe la salah aku..aku pun keliru..pikir punye piker..tak dapat dapat gak jawapan nye..memang saje nak gaduh dengan ku kot..tension ase,nasib r da siap jawab lau tak..tak tau pe nasib aku..SERIUS,memang aku ase nak nangis tapi aku sabar..aku selawat..aku baca ayat kursi..aku baca 4 qul..dan semua r..aku minta perlindungan..debar terus rase hati ini,namun apakan daya aku tidak melakukan jadi untuk apa aku takut kan??
Bila aku nak bangun,diumumkan masa ade 30 minit lagi dan dengan itu pelajar tidak dibenarkan keluar dari dewan..hampa gila hati aku..namun aku dengan penuh sabar menanti jarum jam bergerak,haha..takut..debar..tension..dan segala bagai r..kad kuning..i hate it..huhu..
insyaALLAH,perkara ni kali pertama dan terakhir dalam hidup aku..arghhh,benci gila..malu pun ade tibe2 dapat kad kuning..mencatat sejarah kot aku dapat warning dalam dewan exam..tak pernah terjadi dalam hidup ku..maybe,beliau saje nak bagi aku rase pengalaman dengan kad kuning kot..huhu..3.45minit,beliau datang ambil kembali kad tersebut,namun hati aku tetap kesal..apa nak buat benda dah jadi..mohon perlindungan je la..
Alhamdulillah jarum jam bergerak kearah 12 dan 4..dan itu menandakan jam menunjukkan pukul 4..penyeksaan ku berakhir jua,syukur pada MU YA ALLAH..lepas ni,aku tak mau jumpa kad kuning lagi...malu..sedih..beliau tak tau kot aku ni guru moral dan sebagai guru moral mana boleh berlaku curang..ish,tu pun beliau tak tau kan?kesian beliau,terima kasih pada beliau bagi aku pengalaman dengan kad kuning pada hari yang sangat bermakna untuk aku sem 2..yahoooo,aku de pengalaman best final sem 2..(best ke?ntah,tu semua hanya DIA yang tahu..)
        Sory :),aku ke kena sory..?ntah..tapi xpe,sebagai guru moral memang kita kena minta maaf kalau salah..tapi aku salah ke??ntah,aku sendiri pun tak tahu..huhu..ok,now aku tekad tak kan dapat kad kuning lagi...aku tak akan berlaku curang lagi..u just look n see k..hahaha..

Thursday, March 31, 2011

Sempurnakah kita..??

Sering tertanya-tanya..kita sebagai manusia,namun,sempurnakah kita di dunia ini?sempurnakah kita disisi NYA nanti??
Kita memang makhluk ciptaan paling sempurna, namun tidak ada manusia yang sempurna. Dalam konsep agama manusia sempurna itu adalah Insan Kamil. Contoh manusia sempurna/insan kamil itu adalah Rasulullah Saw yang menjadi teladan bagi manusia beriman. Jadi manusia tidak mungkin menjadi sempurna, hanya berupaya untuk menuju sempurna.
Untuk itu kita mesti selalu mendekat kepada pemilik kesempurnaan, yaitu Yang Maha Sempurna.
Tapi sempurnakah kita??masih lagi tertanya-tanya..
Mungkin dalam mencari kesempurnaan itu terselit kealpaan kita pada sesuatu yang sepatutnya lebih kita hargai. Mungkin juga kesempurnaan yang dicari-cari itu sudah pun berada di depan mata. Ketaksuban pada pencarian kesempurnaan itu membutakan mata kepada apa yang sepatutnya dihargai di depan mata..
Justeru itu,kita tetap tidak sempurnakan??jadi bagaimana kita nak sempurnalah diri serta hidup kita..??boleh kah kita menjadi insane yang sempurna seperti yang di cipta NYA dengan menjadikan kita sebagai makhluk yang paling sempurna diantara makhluk-makhluknya yang lain..namun,.apa yang kita lakukan memang tak akan sempurna kerna yang sempurna hanya BAGINDA S.A.W...
Kalau kita rasa diri kita sempurna,kenapa perlu ada persoalan kenapa,kenapa,dan kenapa?
kenapa masih ada lagi manusia yang pentingkan diri ?

kenapa ada lagi manusia yang tidak taat kepadaNYA?

kenapa ada lagi manusia yang suka bertindak mengikut kata hati sendiri tanpa pikir hati org lain?

kenapa ada lagi manusia yang suka menganggap diri sentiasa betul?

kenapa ada lagi manusia yang menganggap dirinya  paling bagus?

kenapa ada lagi manusia yang hanya nampak kesalahan org lain sedangkan kesalahan sendiri?

kenapa ada lagi manusia yang hanya nampak kelemahan org lain sedangkan kelemahan sendiri jelas ternyata?

oleh itu,kita hanyalah insan yang lemah..jangan terlalu fikir kita adalah insan yang sempurna..kerana kesempurnaan itu hanya ada NYA..hanya DIA yang tahu..
renung2kan!

Saturday, March 26, 2011

Antara yang terhutang budi dan pilihan hati??

“Arghh,aku binggung” hati Farzana menjerit..”Yang mana harus aku dahulu kan??kenapa ada dua orang dalam hati ini..pening nya..yang mana harus aku pilih..perlu jaga hati sendirikah? atau perlu fikir perasaan orang lain..?aku perlu bersifat ego ke atau piker tentang perasaan org lain ? yang mana perlu aku ikut?”..Farzana berkata-kata..namun masih tiada jalan penyelesaian. Masalah yang dihadapinya begitu sukar sekali untuk diselesaikan..Dia masih di dilema untuk memilih antara Afif Haiqal ke atau Aiman Firdaus sebagai teman sehidup semati..mamanya sekarang sedang memaksanya supaya berpasangan dalam 2 tahun lagi,kalau tidak jumpa juga mamanya sendiri akan mencari..
          Namun sekarang dia masih keliru untuk pilih yang mana satu..Aiman Firdaus banyak berbudi kepadanya,tapi Afif Haiqal tetap dihati walaupun Afif Haiqal merupakan seorang yang mengongkong. Hatinya buta kerana Afif Haiqal orang pertama yang dia cintai. Dia masih ingat suatu hari dulu ketika dia ingin keluar untuk membeli barang keperluan yang perlu dibawa ke kursus tapi dihalang oleh Afif Haiqal kerana tidak membenarkan dia keluar seorang diri dengan alasan bahaya akan keselamatan diri..”bahaya la awak keluar seoang diri,lelaki zaman sekarang bukannya boleh percaya,lagipun awak tu suka sangat ikut cakap orang hatta ornag yang tak kenal pun..saya takut awak akan tertipu,bukannya saya tak benarkan awak keluar tapi saya sayangkan awak.saya takut awak diculik..” itulah antara bebalan Afif Haiqal ketika dia beritahu ingin keluar ke Jusco namun di halang begitu sahaja.. Betapa kecewa hati kecilnya,walaupun dikongkong dia tetap sayang Afif Haiqal.
          Aiman Firdaus pula orang yang memberi budi kepadanya,tanpa diminta budi itu terhulur kepadanya..Ya,Farzana sering terima bantuan orang lain hinggakan dia tidak sedar dia sudah terhutang budi..Namun untuk membalas itu amat sukar sekali kerana Aiman Firdaus hanya terima budi balasnya kalau Farzana sudi menjadi teman hidup Aiman Firdaus..”macam mana aku nak terima Aiman Firdaus sedangkan hati ini sudah berpunya dan hanya kepunyaan Afif Haiqal sahaja tidak mungkin hatiku yang suci ini akan terima orang lain”..kata hati kecilnya..pening dibuatnya. Untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada Aiman Firdaus dia tidak sanggup kerana telah banyak bantuan yang dihulurkan oleh lelaki itu. Dia juga pernah terhutang nyawa dengan lelaki itu ketika mereka mendaki gunung bersama-sama. Dia hampir terjatuh kebawah namun sempat diselamatkan oleh Aiman Firdaus. Aiman Firdaus juga pernah membantu Farzana membawa mama ke hospital,kalau lah tiada jejaka tampan pada hari itu,tidak tahu lah apa yang akan terjadi. Mungkin...”argh,tidak..mama masih ok,jangan pikir lain la Farzana” hatinya berbisik. Mama pula tidak habis-habis suruh aku terima Aiman Firdaus,mentang-mentanglah lelaki itu yang bersamanya ketika mama berperang maut. Ya, Aiman Firdaus memang seorang lelaki yang bertanggungjawab,namun dia tetap tidak boleh terima.
          Mama memarahinya “mama suruh kamu terima Aiman Firdaus kamu tak nak,hati tak boleh terima la, Ana tak cintakan dia la..macam-macam yang kamu kata..kamu nak mama tutup mata dulu ke Ana?” Tetapi cepat saja dijawab oleh Farzana “mama hati anak mu ini sudah berpunya,tapi Afif Haiqal perlukan masa untuk mengumpul wang,dia bukannya seorang yang kaya seperti AIman Firdaus, Afif Haiqal hanya sebatang kara di dunia ini,dia anak yatim ma.. Ana yakin Afif akan kahwin dengan Ana bila duit simpanannya cukup,lagipun sekarang ini dia sedang berusaha membangunkan perniagaannya. Percayalah ma.. ” Farzana menjawab bila mamanya mula menyebutkan tentang kahwin.  Tetapi mama nampaknya masih tidak berpuas hati. Sungguh sukar untuk dia menyakinkan mama yang hatinya sangat sayangkan Afif Haiqal. Mama kembali bersuara “ sebab mama tahu yang Afif Haiqal tak sesuai dengan kamu lah mama suruh kamu terima Aiman Firdaus tu,lagipun budak Aiman tu mama tengok baik aje dengan kamu,bersopan,imannya penuh didada..susah kamu nak cari lelaki seperti Aiman tu Ana”. Ya,dia sendiri mengakui kata-kata mama,namun dia tetap berkeras dengan pilihan hatinya,bukan dia nak jadi anak derhaka tapi,entahlah. “Ye,ma..Ana akui itu,tapi ma..urm,berikan Ana masa untu berfikir ma..please ma..jangan paksa Ana lagi,ini hidup Ana ma..Apa akan terjadi kalau Aiman firdaus tidak jaga Ana suatu hari nanti,mana Ana nak pergi ma??”jawab Farzana. Dia tetap ingin pertahankan cintanya.”argh,CINTA kamu membuat aku buta” hati kecilnya menjerit. Perbualan Ana dan mamanya terhenti apabila terdengar bunyi salam dari luar. Cepat-cepat dia bangun lalu memanjatkan syukur kerana selamat dari soalan mama. Ana membuka pintu,lalu terkejut dengan jejaka tampan yang tak dialu-alukan itu hadir pada saat itu. Dia masih tidak bersedia untuk berhadapan dengan Aiman Firdaus selepas perbualannya dengan mama yang membicarakan tentang lelaki itu. ‘kenapa dia hadir pada saat dan waktu ini?’ hati kecilnya berkata. “Ana,sape yang datang tu?kenapa tak jemput masuk” tiba-tiba dia tersedar dari lamunan bila suara mama kedengaran. “Aiman ma..jemput masuk,mama ada kat dalam tu,tengah rehat..ada ape ni?”Farzana mempersila sambil mengkhabarkan kepada Aiman Firdaus..”tak ade ape,saje singgah..kebetulan lalu depan rumah Ana..Abg masuk ye,nak jumpa mama..lame Abg tak jumpa mama,rindu lak tapi Abg rindu Ana lagi.hehe”..Aiman melangkah masuk kedalam untuk bertemu dengan mama.
          Farzana menarik nafas,pening dengan soalan-soalan yang diutarakan oleh mama..pening dengan kehadiran jejaka didalam itu..Dia senang hati dengan kedatangan itu,tapi tidak tahu kenapa dengan hatinya,mungkin soalan dan permintaan mama menyebabkan dia jadi segan dengan Aiman. Farzana masuk ke dalam bila memanggil namanya. Mama mempelawa Aiman Firdaus untuk makan malam,selepas makan Aiman memohon untuk pulang tapi dihalang oleh mama. Memandangkan hari sudah malam dan Aiman kelihatan sangat penat jadi mama meminta agar Aiman tidur di rumah. Farzana terkejut dengan permintaan mama itu,namun dapat dikawal. ‘ish,mama ni kenapa suh lelaki ini tidur kat sini,aduii..aku ni kenapa? cam la x biase’ hati kecilnya berbisik halus. Farzana hanya mengangguk dan tersenyum tanda setuju walaupun hakikatnya tidak setuju. Aiman setuju selepas melihat anggukan Farzana.
          Farzana mengemas bilik untuk Aiman. Lama dia termenung sehinggalah terdengar suara Aiman. ‘Ya ALLAh,nasib tak de sakit jantung’hu3..”Ish,abg ni..terkejut Ana” Farzana berkata dengan nada yang pura-pura marah. “Dah abg bagi salam Ana tak dengar,tengok ape ntah,da penat abg berdiri kat sini..Ana pikirkan ape?de problem ke?share dengan abg..dari tadi lagi abg tengok Ana cam de problem je..”tak de r abg,Ana boring kot kt umah ni..nak kerja tapi bila piker tak pula..ntah la,mama pun sibuk je dengan persatuan dia tu,kesian Ana ditinggalkan tau,abg bukannya dating sini”tiba-tiba tersedar,’alamak,cmne aku leh ckp gitu lak,adoii..betul2 cari masalah’hu3..Aiman tersenyum,”Ana kerja dengan abg nak?” Aiman menawarkan kerja kepada Farzana.”tak nak la,Ana nak duk umah je..terima kasih ye abg”..malam berlalu dengan begitu sahaja..
          Pada keesokkan Aiman mengajak Ana jogging sebelum dia balik,tapi tiba-tiba Farzana dapat mesej dari Afif Haiqal yang ingin berjumpa dengannya.Farzana terpaksa batalkan niatnya untuk temankan Aiman jogging pada pagi itu.Aiman pula mengambil keputusan untuk terus pulang bila Farzana mengatakan dia ada hal dengan tiba-tiba. Sampai di time square,Farzana mencari kelibat lelaki yang mencuri hatinya tidak sampai 3 saat dia terpandang jejaka pujaannya yang sedang tersenyum kepadanya. Farzana pulang dengan kecewa ‘pertemuannya dengan Afif Haiqal tidak seperti yang diharapkan..terimbas kembali saat dia berjumpa dengan Afif Haiqal pada pagi tadi “ Ana,Afif terpaksa pergi ke London untuk mencari pak saudara Afif, nanti bila Afif jumpa Pak Ngah, Afif pulang dan kita terus kahwin ye” pujuk Afif.. Dia tahu kekasih hatinya sedang sedih tapi dia terpaksa. Farzana hanya mampu tersenyum untuk memujuk hatinya.’camne nak bagitahu mama ni?mseti mama akan paksa aku terima Aiman’.sedih hatinya..
Selepas 2 tahun kemudian....
          “Bila Afif nak masuk pinang kamu Ana?mama nak dia datang jumpa mama dalam masa yang terdekat ni..”kata mama.’cmne ni,Afif bukannye de kat cni’ kata hati kecilnya..”ma,sebenarnya Afif sekarang ada kat London..die sedang mencari family nye ma,tapi Ana tak tahu bila dia akan kembali ke Malaysia ma” dalam keadaan sebak Farzana berkata. “kenapa Ana tak bagitahu mama nak?bile dia pergi ke sana?””dah 2 tahun”jawab Farzana. Mama membuat andaian sendiri,mama mengatakan yang Afif ke sana kerana ingin meninggalkannya. Mama bagi tempoh 1 bulan,kalau Afif Haiqal tak pulang Farzana terpaksa terima Aiman Firdaus”. Sebulan dah berlalu Ana, mama harap Ana jadi anak yang taat dan hormati keputusan mama..mama tahu keputusan mama akan jadi keputusan yang terbaik bagi Ana. Percayalah cakap mama Ana” kata mama. Farzana mengangguk,setuju dengan cadangan mamanya.
          3 hari selepas itu, Aiman Firdaus datang ke rumahnya untuk mengajaknya pergi membeli cincin perkahwinan mereka. Farzana menerima Aiman Firdaus sebagai tunang dan bakal suaminya dengan hati yang terbuka kerana dia yakin yang Afif Haiqal telah melupakan dia. Buktinya Afif Haiqal tidak menghantar khaba berita kepadanya selama 2 tahun ini, Aiman Firdaus seorang lelaki yang penyayang,setia disampingnya. Perkahwinan mereka masih tinggal 3 minggu sahaja lagi. Kalau ikutkan kata hati,ingin sahaja dia menarik balik dari terima lelaki itu. Namun, terlajak kata tidak boleh berundur. Dia belajar menerima lelaki yang banyak berbudi dalam hidup. Persoalannya, ‘mampukah aku jadi isteri yang sejati, yang tidak curang pada suami? mampukah?’ hati nya bertanya. Mulai hari ini,Farzana tekad untuk melupakan kekasih pujaannya yang selama ini dan terpaksa juga menerima pilihan mama iaitu orang yang dia terhutang budi. ‘Aiman Firdaus bin Hassan’ nama itu diseru dalam diam. ‘moga Abg bimbing Ana ke jalan yang benar,penuh ruang kosong hati Ana yang ditinggalkan oleh kekasih hati sendiri,tolong jadi suami yang dapat bimbing Ana,bang..jangan tinggalkan Ana seperti Afif Haiqal tinggalkan Ana..kejamnya lelaki itu..’hati Farzana menangis..
          Sehari sebelum perkahwinan Ana, dia mendapat mesej daripada Afif Haiqal..menggigil tangan Ana selepas membaca mesej itu.. Tiba-tiba air mata Farzana menitis hiba. “mama,Afif da balik ma..Afif Haiqal da balik..Ana tak nak kahwin,.”sambil menangis dia memberitahu mama..Farzana tidak perasan yang Aiman Firdaus disamping mama.. Tiba-tiba matanya melilau dan terkejut apabila menyedari kehadiran Aiman Firdaus disisi mama.. Terus terdiam tanpa berkata-kata.
          “apa ni Ana?” marah mama..”kamu jangan malukan mama Ana,kamu jangan buat kerja gila..jangan kerana lelaki yang tak bertanggungjawab itu kamu nak conteng arang di muka mama,esok kamu tetap akan kahwin dengan Aiman walau apapun terjadi.”mama tetap dengan keputusannya,Farzana dilema. Pada malam itu, Farzana keluar jumpa dengan Afif Haiqal dan disana Afif Haiqal telah menyatakan bahawa dia di London dia telah berkahwin dengan sepupunya atas pilihan Pak ngahnya. Farzana menangis,dia tidak dapat memandu untuk pulang. Pada masa yang sama, Aiman Firdaus menghubunginya dan menyuakan yang dia berada dalam keadaan tidak stabil emosinya. Malam itu, dia dia menangis di bahu yang akan menjadi suaminya. Aiman firdaus menenangkan hatinya.
          “aku terima nikahnya Farzana Aliesya binti Salleh dengan mas kahwinnya.....”lafaz itu jelas kedengaran di telinganya,air mata menitis dan dia memanjatkan syukur kerana majlis akad nikahnya berjalan dengan sempurna sesempurnanya.”maafkan Ana bang,kalau Ana banyak menyakiti hati abg.. bombinglah Ana,berikan cinta abg hanya untuk Ana,Ana akan belajar mencintai abg setulus dan seikhlas hati ini”..

Sunday, March 20, 2011

Pilih kasih antara sahabat..

Pilih kasih?? Kenapa pilih kasih wujud ye??..kenapa ade nye sikap pilih kasih 2??..kenapa perlunye pilih kasih??..
Arghh, aku sering berkecil hati lau de je mereka yg pilih kasih..aku x ske plih kasih terus menjadi budaya la diri mereka..myb selama ni,kte hanye dengar sikap negative itu lam diri guru2 je kn..tp tidak aku..kawan2 ku pun sering amalkan sikap pilih kasih itu lam diri mereka..sampaikan aku sering berkecil ati lau kawan2 melebihi kawan yg lem..ye,aku insane biase yg m’punyai maruah, yg mempunyai ati dan perasaan,jgn pndng aku sebagai manusia yg x de perasaan..sedar lah kawan, aku wujud di antara kamu, jgn kamu m’cari aku dikala memerlukan saje..aku jua memerlukan p’hatian kamu untuk setiap masa..tp stiap mase t’lalu m’lampau kn?ok, aku memerlukan kawan di kala kte smua b’sama..tp kamu x pandang aku melainkn lau kamu sndirian or k’sorgn..aku sgt kecewa dengan sikap mu itu..aku ada dalam kehidupan kamu di kala memerlukan je..tp ble kamu epy, kamu lupe sape aku..ble time je sedih, kamu terus cari aku..ak nk kongsi perasaan epy n sdih b’sama..bkn mase sedih je..tp kenapa hanya saat itu je aku diperlukan..aku ase ini x adil buat diri ku walaupun ku sedar tmpatku disisi mu hanye di situ..
          Aku p’kenalkan kamu dengan die,tapi lepas kamu kenal n terus rapat dengan die..aku seolah2 tak wujud lam idup mu..kadang2 aku sangat sdih kerna ku pikir kamu cpt lpe kamu yg dlu..kadang2 aku x mau lyn sgt perasaan ini tp kamu yg m’buat aku terlayan perasaan ini..ble pikir2 blk,watpe aku peduli kn kamu kn??tp aku tetap syg aku wlaupun aku hanya ade dlm ati mu ble time sedih..ok, aku ase gk epy, coz skurang2 nye aku de gk lam idup mu..tp dlu ble pulang clas nm ku akn terbang di awanan kerana nam itu yg kamu panggil,tp skrg sudah b’tukar cm ultraman b’tukar sekelip mata..dlu sgale problem yg de lam diri mu,hnya aku yg kamu cari..tp skrg,...arghh,kenape nm nye???? Mmg btul die pun kwn ak..tp aku yg kamu knl dlu, aku yg memperkenalkan kamu dgnny..tp alih2 aku disisih..kenapa??kenapa??n kenapa??
          Ye, myb aku bnyk wat clap..tp kt ane clap ku??nape x tgur lau x puas ati dgn aku..nape x cakap aku de wt slh ngn kamu??nape x cbe p’betul kn mn clap n slh ku..nape??wahai kawan, walau s’benci mn pun kamu t’hadap diri ini..diri ini tetap akan syg pada mu..mgkin kata2 kasar or kesat sering kluar dr mulut ku, itu tndanye aku protes dgn kamu, itu tnda aku x ske dgn sikap mu, itu tnda aku nk puas kn ati yg telah disakiti ini..nmun, kamu tetap x mengerti..kenapa susah sgt nak faham, bkn nye kite bru knl, ok, fine..kte bru knl, tp x kn x faham ag dgn prgai ini..aku sering penting kn kawan2 kte t’masu mu, tp kamu seolah2 mengabaikan aku..kenapa aku disisih?kenapa aku di abaikan??kenapa x percaya pada aku lagi??kenapa??ye,aku sedar sape aku..air mata ini pernah mengalir kerna sikap kamu,tp aku x cakap coz aku takut kamu akan pikir aku ngade2,tp aku bukan ngade2 cume aku nk kamu sedar yg aku pun kawan kamu..len r,lau kamu gtau “ok, kte putus kawan” myb lepas ini aku tak akan b’kecil ati ag tp myb aku akn jeles m’lihat kamu b’gembira dgn die..
          Walaupun ayat “ok,kte putus kawan” tu m’gembirakan kamu tetapi tidak pada aku,.aku lebih rela pilih kawan daripada teman lelaki or kekasih ati..lau pun ayt itu kluar dr mulut mu, aku akan tetap anggap kamu lah kawan yang paling aku sayangi n tetap akan sayang..kamu lah orang diantara yang pernah m’buat idup ini ase dunia ini aku yang punye..kamu pernah membuat aku boleh terbang setinggi kapal terbang mgkin lbh tinggi..kamu pernah membuat aku ase aku lah orang paling bahagia lam dunia ini..kamu lah yg pernah mewarnai pelangi2 lam idup ini..kerana kamu kawan aku sampai akhir hayat ku..
          Ye, aku x secantik kawan2 kte yg laen, x sepandai kawan2 kte yg laen,x sehebat kawan2 kte yg laen,x sesempurna kwn kte yg laen..tp sedarlah wahai sahabat..wahai kawan..akulah antara yg pernah menjadi sahabatmu, kawanmu, tempatmu mengadu, tempatmu mencurah air mata, tempatmu berkongsi cerita, tempatmu berkongsi ske n duka..aku lah antara yg pernah hadir lam idupmu or myb lam mimpi2 mu..myb,aku hanye s’kadar mimpi lam idupmu..walau ia mimpi sekali pun,aku tetap akn aggp ianye reality..persahabatan kte tetap REALITY..
          Kawan, lau b’juta saat kte knl..kamu sering myakiti ati ini..tp kenapa?kenapa aku dipilih untuk disakiti?kenapa aku dipilih untuk disisihi olehmu?kenapa aku?kenapa bukan org laen..aku kecewa,aku sedih dengan sikap mu..argh, kenapa aku t’lalu m’bangga kn kamu?kerana kamu lah diantara kawan yang paling aku sayangi..aku x mau mensia2 kn kamu.,kerana aku pernah terbaca satu hadis daripada Saidina Ali yg berbunyi “ selemah-lemah orang ialah mereka yg tidak dapat mencari sahabat dan selemah2 sahabat ialah mereka yang mensia2kn sahabat yg telah di cari nya”..jadi aku xmau kte jd manusia yg lemah,aku x mau kte tergolong lam golongan tersebut..
          Aku sayang kn persahabat kte..jd sdarlah dgn k’hadirn diri ini..moga kte sentiasa dilindungi dan dijauhi dgn sifat pilih kasih itu,jgn terlalu pilih pada nye, sedar akn aku jua..berilah secebis kasih itu pada diri ku jua,kasilah secebis perhatian pada diri ku jua..ku berjanji akan memperbaiki diri ini demi mu wahai teman,wahai sahabat,wahai kawan..tapi,sama2 lah kte bangkit dari kesilapan kte sdiri..sama2 lah kte bangun dan sedar dari kesalahan yg kte sdiri laku..jangan kte lukai ati org2 disekeliling kte,jgn kte khianati ati org2 di samping kte..moga ALLAH memberkati persahabatan yg suci ini..insyaALLAH..amin..jadilah seperti katun pooh yg sering mementingkn persahabatan x kire lau betapa besarnye halangan..mereka tetap bersama..
                                                                 we always bersama2

Saturday, March 19, 2011

aku memikirkan nye..

aku sering memikirkan mu..tapi kenapa??mungkin kah aku sudah jatuh cinta pada mu..aku ingin meluahkan perasaan ini,namun aku malu..kerna die hanya menganggapkn aku sebagai adiknye saje..tp,aku bkn mau jd adiknye..aku mahu jadi teman bicara nye kerna sifatnye yang prihatin,yang always amek berat tentangku membuatkn aku terjatuh hati dengan nya..aiishhh,kenapa dengan aku..??? aku tak layak untuk bersamanye..aku tak sesuai untuk berdamping dengannye,tp aku tetap mau untuk idup bersamanye..
         pandanglah diri ini,bukan pandangan seorang abang terhadap adik, tapi pandangan kekasih hati,pandangan cinta,pandangan sayang..itu yang aku mau..namun die tetap tidak mengerti..aduhh,kenapa susah sangat untuk die mengerti tentang hati ini..aku ingin kan cinta dari mu,bkn kasih sayang adik..aku impikan sebuah istana untuk kita hidup di dalamnye suatu hari nanti..izinkan aku memenuhi hati kecilmu..izinkan aku menjadi ratu hati..izinkan aku untuk mencintai mu seadanye..
   berikanlah hati kecil itu hanya untuk ku,bukan untuk orang lain..walaupun, ade yang lebih layak bersamamu tetapi aku tetap ingin kn mu..aku ingin mengubah diri ini bersama-sama dengan, aku ingin kamu yang memimpin diri ini untuk menjadi seorang yang sempurna..aku perlukan diri mu untuk membantu aku bangkit daripada kesilapan ku..aku ingin diri mu untuk sentiasa menyedarkan ku agar aku tidak terlalu alpa,tidak lalai dengan dunia manusia..aku tau,kamu bisa membantu ku..aku tau, kamu bisa menolong ku..
   kerna itu,aku sentiasa berharap agar suatu hari nanti aku akan hidup dengan mu, agar suatu hari aku akan sentiasa berjalan disisi mu, agar suatu hari aku akan selamat dalam dakapan mu..
     berikanlah cinta mu kepada ku,akan ku berjanji untuk tidak menyakiti hati, akan ku berjanji untuk sentiasa membuat mu bahagia, akan ku berjanji untuk memberi keceriaan dalam hidup mu, akan ku berjanji untuk sama-sama melangkah dengan mu tidak kira ke mana mau pergi, akan ku berjanji agar hidup mu menjadi tenang setelah melihatku, akan ku berjanji agar bibir mu akan sentiasa tersenyum melihat wajah ini..akan ku berjanji segala-galanya untuk mu..cuma, izinkan aku bermaharajalela di hati suci mu nan bersih.. aku akn berdoa kepadaNYA agar kita akan  menjadi pasangan yang suci ikatannya dengan izin NYA..moga kasih ku untuk sentiasa ada.. berikanlah aku peluang, berikanlah aku hidupmu, berikanlah aku segalanya tentang mu..tapi bukan pada masa ini, tapi pada ketika aku digelar sebagai suri rumah mu..
 moga apa yang ku impikan dari mu,menjadi kenyataan..
     aku ingin kamu sedar bahawa sinaran mata ku selama ini, adalah ingin menjadi milik mu yang hakiki,bukan hanya menjadi adik mu semata-mata..aku ingin menjadi kekasih mu yang abadi..aku bukan ingin menjadi adik mu semata-mata..
  kamu baik terhadap ku, mungkin sifatmu yang baik itu membuat aku jatuh hati pada mu, mungkin kerana keprihatinan mu terhadap ku membuat aku sentiasa rindu kan ku..mungkin kerana selalu bertanya kabar ku membuat aku tertanya mengapa kamu sering menanyakan kabar ku..adakah mungkin kerana kamu kasih kepada ku, atau kamu sayang kepada ku, atau mungkin aku hanyalah seorang adik buat mu...
  aku tak ingin menjadi adik mu, bahkan aku ingin menjadi suri hati mu suatu hari nanti..izin kan kita bersama,.aku tau, aku tak patut meminta semua ini dengan mu..namun, aku takut kamu akan memilih mereka di luar sana..aku jauh dengan mu, aku bimbang akan mu..kerana aku sentiasa fikir mungkin suatu hari nanti kamu tinggal kan aku sendiri..aku tak mau, aku tak nak kamu meninggalkan ku sendiri..kerana aku sudah biasa dengan kehadiran mu..bawalah aku pergi bersamamu..aku ingin pergi bersamamu..
  aku akan memenuhi semua hasrat di hati mu apabila kita bersatu..cuma satu yang ku pinta, pandanglah aku sebagai ratu hati mu, sebagai bidadari hidup mu, bukan sebagai adik yang kamu kasihi..kerna itu, aku sering memikirkan mu..
izinkan aku..
                                            cinta suci nan abadi.

Friday, March 18, 2011

Cinta, kekayaan, kecantikan, kesedihan, kegembiraan dan waktu

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN. CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku.

Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja... ", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.

"Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu... ...
CINTA YANG ABADI IALAH CINTA KEPADA “PENCIPTA CINTA”
                                                                                                  
                                                                                                               jgn sering keliru dengan cinta!!